Dalam artikel yang lepas, saya telah menerangkan kepada anda
mengenai punca-punca permasalahan jerawat yang mungkin anda tidak tahu atau
hanya berteka-teki saja selama ini. Saya juga telah terangkan persepsi
masyarakat yang salah mengenai kaedah rawatan jerawat yang rata-ratanya
menganggap bahawa ianya boleh dirawat dengan menggunakan kaedah rawatan
resdung.
Bagi entri kali ini, saya akan kongsikan dengan anda
jenis-jenis jerawat. Di samping itu, saya juga akan menerangkan kepada anda
perbezaan-perbezaan antara jerawat dan resdung agar anda lebih peka terhadap
masalah jerawat sebenar yang mungkin melanda diri anda, keluarga anda ataupun
rakan-rakan anda. Seperti yang anda sedia maklum, jerawat dikategorikan sebagai
penyakit kronik yang dihidapi oleh hampir 80% individu di negara kita.
Oleh itu mari kita kenali jenis-jenis jerawat yang boleh dihidapi oleh golongan penghidap jerawat:
1. Acne Vulgaris (Jerawat Biasa)
- Whiteheads - belum dijangkiti kuman tetapi terjadi kerana liang kulit tersumbat dengan sebum dan kulit mati dan menyebabkan liang atas tertutup dan perlu dirawat secara agresif.
Rajah diambil dari E-book Rahsia Jerawat Terbongkar
menunjukkan jerawat jenis Whitehead
- Blackheads - belum dijangkiti kuman tetapi berbeza dengan whitehead di manabahagian atas blackhead terbuka dan kehitaman disebabkan oleh pengoksidaanudara. Tidak boleh dihilangkan menggunakan skrub muka kerana akan merosakkan lagi kulit muka.
Rajah diambil dari E-buku Rahsia Jerawat Terbongkar
menunjukkan jerawat jenis Blackhead
- Papules
- radang yang berlaku dalam liang dan kawasan sekeliling akibat jangkitan
awal kuman.
- Pustules
- radang yang berlaku akibat jangkitan kuman berterusan serta mengeluarkan
nanah akibat dari jangkitan kuman tersebut.
2. Acne Vulgaris (Jerawat Serius)
- Nodul
- bonjolan jerawat yang lebih besar dari jerawat biasa dan biasanya sakit
jika dipegang dan tidak hilang dalam masa yang singkat. Kebiasaannya akan
menyebabkan parut di muka atau berulang membentuk jerawat nodul atau pun
jerawat batu.
- Sista
(cyst) - timbul akibat percantuman nodul-nodul yang berdekatan lalu
menjadikan satu cyst yang besar. Ia tidak boleh dipicit sama sekali dan
memerlukan rawatan lanjut dari doktor untuk mendapatkan suntikan steroid
bagi mengelakkannya meninggalkan kesan parut.
3. Acne Rosacea (Jerawat Kronik)
Rosacea sering dianggap sebagai salah satu jenis jerawat
tapi sebenarnya tidak dan cara merawatnya juga tidak sama seperti merawat jerawat.
Ia tidak mempunyai blackhead dan hanya merupakan benjolan merah yang bernanah.
Kebarangkalian untuk menghidapi penyakit ini adalah wanita-wanita yang berusia
25 tahun keatas sahaja
.
4. Pyodermafaciale folliculitis
Sejenis penyakit kulit yang sering disalah anggap sebagai
sejenis jerawat namun ianya hanyalah penyakit kulit yang berlaku akibat
jangkitan bakteria pada kulit muka. Rawatannya juga tidak sama dengan rawatan
bagi masalah jerawat. Kebanyakkan orang juga sering menganggap bahawa penyakit
jerawat adalah berpunca daripada resdung. Sekali lagi saya katakan bahawa ianya
tidak benar. Apa yang membezakan jerawat dengan resdung adalah:
Jerawat (Acne):
- Sejenis
penyakit kulit yang kronik.
- Tumbuh
apabila liang kulit atau liang roma yang tersumbat dan memerangkap
kotoran.
- Terjadi
di dalam lapisan kulit.
- Boleh
tumbuh disebabkan oleh ketidak seimbangan hormon, persekitaran, dan
tekanan.
- Tidak
berjangkit dengan sentuhan dan boleh dihidapi secara turun-temurun.
Resdung (Sinusitis)
- Radang
yang berlaku pada lapisan rongga hidung
- Berpunca
daripada alahan (habuk, makanan, parasit) atau perubahan cuaca
- Kesannya
boleh mengakibatkan hidung berair, serta kegatalan pada kulit muka dan
mata
- Jika
serius, pesakit perlu menjalani pembedahan untuk membuang resdung yang
menghalang laluan udara dalam rongga hidung yang turut boleh menyebabkan
sakit kepala dan mata yang teramat sangat.
- Tidak
boleh berjangkit melalui sentuhan dan boleh diwarisi secara turun-temurun.
- Boleh
dihidapi bersama dengan lelah dan eczema, sejenis penyakit kulit yang
lain.
Saya harap dengan penjelasan ini anda sudah boleh memahami
apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan masalah jerawat dan sekaligus
membezakannya dengan penyakit resdung
No comments:
Post a Comment